Fibex™ Solid Top FRP trough covers ialah penyelesaian yang kukuh, ringan dan berkos rendah untuk penggunaan palung kabel. Penutup palung ini diperbuat daripada Fibreglass Reinforced Plastic (FRP) yang tahan lasak dan sesuai sebagai alternatif yang versatil untuk konkrit. Ia direka mengikut piawaian BS EN 124 dan kelas muatan A15. Penutup ini mampu menampung beban sehingga 1.5 tan (14.71kN). Kemampuan ini menjadikan ia sesuai untuk kawasan pejalan kaki. Selain itu permukaan penutup yang bersifat anti gelincir, tidak konduktif dan tidak menghakis serta tidak memerlukan penyelenggaraan meningkatkan lagi aspek keselamatan dan ketahanan berpanjangan.
Penutup Fibex ini tersedia dalam warna kelabu dan hijau dengan ketebalan 41mm atau 53mm serta lebar 1224mm. Kami menyediakan perkhidmatan pemotongan yang tepat untuk memenuhi spesifikasi anda di Pusat Pemprosesan FRP kami dan juga pilihan pemasangan berkos rendah.
Penutup palung FRP ini mampu mengurangkan tempoh pemasangan, kos pengangkutan, dan tenaga kerja dengan ketara, serta tersedia dalam pelbagai saiz yang boleh dipotong mengikut spesifikasi bukaan yang diinginkan.
Fibex™ mereka, menghasilkan dan membekalkan produk komposit FRP merentasi pelbagai industri di seluruh dunia.