Fibex™ Heavy Duty Engineered FRP trough covers ialah penyelesaian yang kukuh, ringan dan berkos rendah untuk penggunaan palung kabel. Penutup ini diperbuat daripada Fibreglass Reinforced Plastic (FRP) yang tahan lasak dan sesuai sebagai alternatif yang versatil untuk konkrit. Ia direka mengikut piawaian BS EN 124 dan tersedia dalam kelas muatan C250, D400, E600, and F900. Selain itu penutup ini mampu menahan kapasiti beban maksimum 245kN (C250), 392kN (D400), 588kN (E600) dan 882kN (F900). Kepelbagaian beban ini menjadikan penutup ini sesuai digunakan untuk pelbagai projek, termasuk kawasan industri, zon trafik kenderaan berat, zon pemunggahan barang, serta lapangan terbang dan pelabuhan. Permukaan anti gelincir penutup ini meningkatkan lagi aspek keselamatan, manakala ciri-ciri tidak konduktif dan tahan hakisan penutup ini memastikan ketahanan dan prestasi yang tidak memerlukan penyelenggaraan.