Open Mesh Cover

Fibex™ Open Mesh FRP trough covers ialah penyelesaian yang kukuh, ringan dan berkos rendah untuk penggunaan palung kabel. Penutup palung ini diperbuat daripada Fibreglass Reinforced Plastic (FRP) yang tahan lasak. Ia direka mengikut piawaian BS EN 124 dan kelas muatan A15. Penutup ini mampu menampung beban sehingga 1.5 tan (14.71kN). Kemampuan ini menjadikan ia sesuai untuk kawasan pejalan kaki. Selain itu permukaan penutup yang bersifat anti gelincir, tidak konduktif dan tidak menghakis serta tidak memerlukan penyelenggaraan meningkatkan lagi aspek keselamatan dan ketahanan berpanjangan.

HEAVY DUTY

ANTI GELINCIR

TIDAK MENGHAKIS

KELAS MUATAN DENGAN PENSIJILAN BS EN124

TIDAK KONDUKTIF

Maklumat lanjut produk

Penutup Fibex ini tersedia dalam warna kelabu, hijau dan kuning dengan pelbagai saiz ketebalan—25mm, 38mm (18kg/m²), dan 50mm (30kg/m²)— serta lebar 1224mm. Perkhidmatan pemotongan yang tepat disediakan untuk memenuhi spesifikasi anda di Pusat Pemprosesan FRP kami dan juga pilihan pemasangan berkos rendah.

Penutup palung FRP ini mampu mengurangkan tempoh pemasangan, kos pengangkutan, dan tenaga kerja dengan ketara, serta tersedia dalam pelbagai saiz yang boleh dipotong mengikut spesifikasi bukaan yang diinginkan.

Kelebihan produk

  • Heavy Duty
  • Anti Gelincir
  • Tidak Menghakis
  • Kelas Muatan dengan Pensijilan BS EN124
  • Tidak konduktif

To access the download links, please fill out the form.