Heavy Duty Solid Top Cover

Fibex™ Heavy Duty Solid Top FRP trough covers ialah penyelesaian yang kukuh, ringan dan berkos rendah untuk penggunaan palung kabel. Penutup palung ini diperbuat daripada Fibreglass Reinforced Plastic (FRP) yang tahan lasak. Ia direka mengikut piawaian BS EN 124 dan kelas muatan B125. Penutup ini mampu menampung beban kerja sehingga 12.5 tan (122kN). Kemampuan ini menjadikan ia sesuai untuk lintasan kenderaan ringan, lantai industri, penutup saluran dan longkang, dek jambatan, laluan pejalan kaki, serta kawasan akses. Selain itu, permukaan penutup yang anti gelincir meningkatkan daya cengkaman untuk kenderaan bermotor, sementara sifat tidak konduktif dan tidak menghakis dapat memastikan ketahanan serta keselamatan.

HEAVY DUTY

ANTI GELINCIR

TIDAK MENGHAKIS

KELAS MUATAN DENGAN PENSIJILAN BS EN124

TIDAK KONDUKTIF

Maklumat lanjut produk

Penutup Fibex ini tersedia dalam warna kuning dengan ketebalan 53mm serta lebar 1275mm. Kami menyediakan perkhidmatan pemotongan yang tepat untuk memenuhi spesifikasi anda di Pusat Pemprosesan FRP kami dan juga pilihan pemasangan berkos rendah. Penutup palung FRP ini mampu mengurangkan tempoh pemasangan, kos pengangkutan, dan tenaga kerja dengan ketara, serta tersedia dalam pelbagai saiz yang boleh dipotong mengikut spesifikasi bukaan yang diinginkan.

Kelebihan produk

  • Serbaguna, ringan dan tahan lasak
  • Penjimatan ketara dari segi masa pemasangan, kos pemasangan dan tenaga kerja
  • Permukaan anti gelincir
  • Pelbagai saiz tersedia yang boleh dipotong mengikut spesifikasi bukaan yang diinginkan
  • Tidak bersifat konduktif dan tidak mudah menghakis

To access the download links, please fill out the form.