Heavy Duty Engineered Cover

Fibex™ Heavy Duty Engineered FRP trough covers ialah penyelesaian yang kukuh, ringan dan berkos rendah untuk penggunaan palung kabel. Penutup ini diperbuat daripada Fibreglass Reinforced Plastic (FRP) yang tahan lasak dan sesuai sebagai alternatif yang versatil untuk konkrit. Ia direka mengikut piawaian BS EN 124 dan tersedia dalam kelas muatan C250, D400, E600, and F900. Selain itu penutup ini mampu menahan kapasiti beban maksimum 245kN (C250), 392kN (D400), 588kN (E600) dan 882kN (F900). Kepelbagaian beban ini menjadikan penutup ini sesuai digunakan untuk pelbagai projek, termasuk kawasan industri, zon trafik kenderaan berat, zon pemunggahan barang, serta lapangan terbang dan pelabuhan. Permukaan anti gelincir penutup ini meningkatkan lagi aspek keselamatan, manakala ciri-ciri tidak konduktif dan tahan hakisan penutup ini memastikan ketahanan dan prestasi yang tidak memerlukan penyelenggaraan.

HEAVY DUTY

ANTI GELINCIR

TIDAK MENGHAKIS

KELAS MUATAN DENGAN PENSIJILAN BS EN124

TIDAK KONDUKTIF

Maklumat Lanjut Produk

Tersedia dalam saiz dan warna mengikut permintaan, penutup Fibex ini boleh disesuaikan dengan spesifikasi projek. Kami menyediakan perkhidmatan pemotongan yang tepat mengikut ukuran yang anda inginkan di Pusat Pemprosesan FRP dan juga pilihan pemasangan dalam kos yang rendah. Penutup palung FRP ini mampu mengurangkan tempoh pemasangan, kos pengangkutan, dan tenaga kerja dengan ketara, serta tersedia dalam pelbagai saiz yang boleh dipotong mengikut spesifikasi bukaan yang diinginkan.

Product Benefits

  • Serbaguna, ringan dan tahan lasak
  • Penjimatan ketara dari segi tempoh pemasangan, kos pemasangan dan tenaga kerja
  • Permukaan anti gelincir
  • Pelbagai saiz tersedia yang boleh dipotong mengikut spesifikasi bukaan yang diinginkan
  • Tidak bersifat konduktif dan tidak mudah menghakis

To access the download links, please fill out the form.