Industri Pusat Data

Mengapa produk Fibex sangat sesuai untuk Pusat Data?

Produk FRP kami dilengkapi ciri-ciri tidak konduktif, ringan dan tidak menghasilkan percikan. Produk FRP berbeza dengan produk tradisional yang mengalirkan haba dan elektrik. Ciri-ciri tersebut membuatkan produk FRP begitu sesuai digunakan untuk pusat data. Oleh kerana produk FRP bersifat tidak konduktif, ia dapat menghalang pengaliran elektrik yang berpotensi menyebabkan kerosakan dan kehilangan data berharga.

Produk FRP kami juga memiliki jangka hayat yang lama, dengan jangkaan dapat bertahan lebih dari 20 tahun. Kombinasi antara tempoh hayat yang lama ini dan juga ciri tidak konduktif menjadikan FRP sebagai produk ideal untuk semua pusat data. Selain itu, FRP juga merupakan alternatif yang mesra alam berbanding material pembuatan tradisional serta tidak memerlukan penyelengaraan berterusan. Faktor ini dapat membantu anda menjimatkan kos dan masa.

Penutup palung FRP penting untuk fasiliti berteknologi tinggi, seperti pusat data untuk memastikan operasi berjalan lancar dan mengurangkan risiko gangguan. Fibex memastikan hanya material berkualiti tertinggi yang boleh diperolehi akan digunakan dalam komposit kami, di mana setiap aspek dirancang dengan teliti.

Penutup palung Fibex semakin menjadi pilihan beberapa jenama teknologi ternama global untuk projek pusat data baharu. Produk kami meliputi perlindungan dan akses ke infrastruktur bawah tanah yang lebih mudah.

Palung komposit FRP dan penutup akses Fibex direka untuk menyediakan akses mudah dan selamat ke infrastruktur bawah tanah. Produk ini mudah untuk dikendalikan disebabkan reka bentuk yang mempunyai ciri-ciri tersuai, modular dan ringan. Ia juga ideal untuk kawasan yang menuntut keperluan beban yang tinggi seperti saluran di antara bangunan yang dilalui kenderaan.