About Fibex

Pembekal dengan Kepakaran FRP Composite Trough Covers & Precast concrete Troughs

Fibex™ telah menjadi pembekal khusus untuk produk dan penyelesaian komposit FRP selama lebih 12 tahun. Produk kami digunakan oleh pakar dalam industri dalam pelbagai jenis sektor, termasuk pembinaan bangunan tinggi, tenaga, kuasa, pusat data dan kereta api.

Our Values

Falsafah Kami

Ditubuhkan di UK namun kini menjadi pembekal ke serata dunia. Kami berbangga dengan kualiti, nasihat pakar dan peranan kami sebagai peneraju inovasi. Kami menjalinkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan dan rakan kongsi kami, membangunkan produk kami sendiri, serta menghasilkannya mengikut spesifikasi tertinggi dan menawarkan khidmat konsultasi pakar kepada semua sektor. Sama ada anda seorang Pengurus Projek, Jurutera atau Pembeli, kami akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan projek anda dilaksanakan dengan piawaian tertinggi.

Pasukan Kami

Komitmen kami terhadap kecermelangan diterjemahkan dalam ahli pasukan kami yang terdiri daripada mereka yang berkemahiran tinggi dan komited untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan. Bermula daripada eksekutif jualan kami yang berpengetahuan luas sehingga kepada staf gudang yang berpengalaman, kami amat berbangga dengan kualiti kerja dan perkhidmatan yang kami tawarkan.

Sustainability

Kelestarian

Sebagai syarikat FRP, kami begitu komited dengan kelestarian dan pemuliharaan alam sekitar melalui proses pembuatan dan produk kami. Penggunaan plastik bertetulang fiber (FRP) dalam produk kami mengurangkan penggunaan bahan api dalam pengangkutan dengan ketara kerana sifatnya yang ringan. Selain itu, FRP juga memiliki jangka hayat sehingga 50 tahun dan faktor ini dapat meminimumkan penggantian yang kerap, seterusnya mengurangkan pembaziran.

Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate
Our Certificate

Kualiti Tiada Tandingan

Semua produk FRP Fibex diperbuat mengikut piawaian tertinggi bagi memastikan kualiti dan daya tahan terbaik untuk setiap projek. Ujian dalaman kami yang dilakukan dengan penuh teliti menjamin prestasi produk yang konsisten dan tahan lama.

Kepakaran Industri

Berbekalkan pengalaman lebih 12 tahun dalam industri komposit FRP, Fibex™ menyediakan penyelesaian pakar yang dapat disesuaikan mengikut keperluan pelbagai industri, termasuk kuasa, rel kereta api dan rawatan air.

Penghantaran Pantas dan Konsisten

Kami memahami betapa pentingnya projek disiapkan tepat pada masanya, Fibex™ menyimpan stok pelbagai jenis penutup FRP yang sedia untuk dihantar ke tapak projek bagi memastikan projek anda sentiasa mengikut jadual.