Industri Rawatan Air

Mengapa produk FRP Fibex sangat sesuai dalam industri rawatan air?

Produk FRP tidak hanya tahan karat dan kakisan, ia juga mampu menghalang kemasukan air dan menghalang penyebaran bau dengan berkesan. Kualiti ini membuatkan ia begitu sesuai untuk fasiliti alam sekitar seperti loji rawatan kumbahan dan air.

Produk ini mewujudkan persekitaran yang lebih selamat di loji rawatan air kepada pekerja dan pelawat melalui ciri anti gelincir yang dapatkan meningkatkan aspek keselamatan setiap individu. Selain itu, produk FRP juga ringan dan mudah dipasang. Faktor ini dapat mengurangkan kos pengangkutan dan pembinaan dengan ketara, seterusnya menjadi alternatif lebih murah dan tahan lama berberbanding material tradisional seperti besi, aluminium dan kayu.